APA ITU KOLAGEN?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku) tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.
FUNGSI KOLAGEN :
- mengasilkan asid amino penting seperti: lysin, protein dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin-melembapan kulit
- alanin, prolin dan asparagin – menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
- menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium
- menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Nampak tak kepentingan kolagen pada manusia? Kesimpulannya, kolagen adalah protein yang penting bagi menyokong tisu-tisu di dalam badan. Untuk pengetahuan uolls, kolagen yang ada dalam badan manusia akan mula berkurang seawal umur kita 25 tahun. Bila dah berkurang, kulit akan mula berkedut dan kusam, sakit-sakit sendi dan banyak lagi masalah lain yang akan timbul. Sebab tulah, kita kena consume supplement yang berunsurkan kolagen bagi menggantikan protein yang kurang/hilang untuk membuatkan kulit kita cerah, tak berkedut dan awet muda gitew.
Antara kepentingan lain kolagen untuk kita;
♥ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
♥ Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
♥ Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
♥ Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
♥ Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
♥ Berperanan untuk penyembuhan sakit sendi - Sakit lutut dan sakit sendi saling berkait rapat. Sakit lutut berlaku sebab tulang rawan mula haus dan terhakis dan sebab bahan yang dinamakan sebagai kolagen dalam tulang rawan mula rosak dan berkurangan. 50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada kolagen. kolagenn inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20an, kolagen ini mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage). Penyelesaiannya pada perubatan moden adalah melakukan pembedahan. Bagaimanapun ada kesan sampingan, mesti kena lakukan fisioterapi selama berbulan-bulan. Sebab itu selain pembedahan, doktor tadi mencadangkan penggunaan suplemen kolagen.
♥ Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
♥ Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
So, apa lagi? jom refill kolagen korang!!
No comments:
Post a Comment